Laman Utama > Profil e-Tanah > Konsep & Bisnes Teras e-Tanah
Konsep e-Tanah
Menyediakan satu point of contact bagi pelanggan di kaunter dalam mendapatkan perkhidmatan.
Pelanggan boleh mendapat maklumat dan perkhidmatan secara on-line.
Bayaran cukai boleh dibuat di pusat bayaran setempat (seperti di Pejabat Pos dan TMpoint), di samping mana-mana pejabat tanah di dalam negeri berkenaan. (Bayaran cukai masih belum beroperasi untuk Pusat Bayaran Setempat, tarikh pelaksanaan akan diumumkan kelak)
Urusan Permintaan Ukur dan cetakan Pelan Akui dapat dibuat secara on-line antara pentadbir tanah dan JUPEM.
Ulasan Jabatan Teknikal dapat dipercepat dengan bantuan MyGDI.
Prosesan urusan dalaman melalui komputer dapat dibuat dengan lebih mudah dan cepat.
Memudahkan proses membuat keputusan.
Memudahkan pengawalan dan pemantauan ke atas prosesan.
Pembangunan sistem berasaskan web memudahkan penggunaan sistem oleh pengguna dalam pejabat tanah dan capaian maklumat oleh pelanggan tanpa mengabaikan aspek keselamatan.
Bisnes Teras e-Tanah
Mewujudkan satu sistem yang komprehensif di pejabat tanah untuk memodenkan semua aktiviti urusan tanah dalam usaha merealisasikan pelaksanaan Kerajaan Elektronik di seluruh Negara.
Penambahbaikan proses kerja, infrastruktur fizikal dan perundangan bagi memudah dan menyeragamkan proses kerja sedia ada.
Membangun dan menambahbaik fungsi sistem-sistem yang sedia ada selaras dengan Perancangan Strategi Teknologi Maklumat Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Sistem-sistem ini akan diintegrasikan untuk membentuk satu sistem pentadbiran dan pengurusan tanah yang bersepadu.