Laman Utama > Profil e-Tanah > Sejarah & Kronologi
SEJARAH
Bagi merealisasikan pengkomputeran keseluruhan fungsi pengurusan dan pentadbiran tanah di negara ini, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) merancang bagi mewujudkan satu sistem berkomputer yang bersepadu yang dikenali sebagai projek Sistem Permodenan Pejabat Tanah (SPPT) atau e-Tanah.
Kajian SPPT telah disiapkan pada Ogos 2002. Kajian telah dikemukakan kepada Jawatankuasa SPPT dan Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) serta agensi-agensi pusat dan diterima sebagai asas bagi melaksanakan projek ini.
Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan pada 21 Mei 2003, projek SPPT telah disenaraikan sebagai salah satu sistem untuk menyokong pentadbiran tanah di setiap peringkat pentadbiran secara fast track.
Pada 14 Ogos 2003, SPPT dimasukkan ke dalam agenda Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Elektronik. SPPT mula dikenali sebagai e-Tanah. Hasrat bagi melaksanakan e-Tanah ini juga telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) pada 18 Disember 2003 yang lalu dan telah diperakui sebagai salah satu daripada projek Kerajaan Elektronik (electronic government) sebagaimana aplikasi-aplikasi perdana yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan.
KRONOLOGI
Ogos 2002- Kajian Sistem Pemodenan Pejabat Tanah (SPPT) telah disiapkan oleh Perunding Tempatan iaitu Syarikat Sepakat Computer Consultant Sdn Bhd (SCC).
14 Ogos 2003- Projek Sistem Pemodenan Pejabat Tanah (SPPT) dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Elektronik
9 April 2004- Selepas pilihanraya pada Mac 2004, Kementerian Kewangan telah mengarahkan supaya Projek Perintis e-Tanah dilaksanakan secara tender terbuka
2- 3 Jun 2004- Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu e-Tanah Bil. 1/2004 telah memutuskan pindaan skop projek
3 Ogos 2004- Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu e-Tanah Bil. 2/2004 telah membincangkan dan bersetuju dengan keseluruhan skop dan jadual pelaksanaan e-Tanah
19 Januari 2005- Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan bahawa e-Tanah dilaksanakan secara perintis di Pentadbiran Tanah Pulau Pinang
12 Oktober 2005- Surat Setuju Terima Tender (LOA) telah dikeluarkan kepada kontraktor yang dipilih, iLaunch Sdn. Bhd
13 Oktober 2005- Mesyuarat ‘Kick-Off’ Projek Perintis e-Tanah telah diadakan
21 April 2006- Kajian dan rekabentuk Sistem e-Tanah telah diselesaikan dan telah diendos oleh Mesyuarat Quality Assurance Group (QAG)
12 Oktober 2006- Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Hotel Equatorial Pulau Pinang
1 Mac 2007- Majlis menandatangani Kontrak Tambahan Projek Perintis e-Tanah di antara Y. Bhg. Dato’ KSU NRE mewakili Kerajaan Persekutuan dan Ketua Pengerusi Eksekutif iLaunch Sdn. Bhd
5 Ogos 2009- Majlis menandatanganani Kontrak Projek Perluasan Sistem e-Tanah ke Negeri Sembilan dan Melaka di Nilai Spring Resort, Nilai Negeri Sembilan dengan kehadiran Y. Bhg. Dato’ KSU NRE