Portfolio e-Tanah  
Logo e-Tanah  
Konsep & Bisnes Teras e-Tanah  
Skop e-Tanah  
Sejarah & Kronologi  
Direktori e-Tanah  
Galeri Gambar  
Carta Organisasi Pasukan Projek e-Tanah  
Piagam Pelanggan  
Soalan Lazim (Bahasa Inggeris)  
Soalan Lazim (Bahasa Melayu)  
Pekeliling
Cabutan Perlembagaan
Akta
Jaringan ke PTG / PTD
Jaringan Berkaitan Pentadbiran Tanah
Portal Atas Talian
Sistem e-Borang
   
 
 
 

   
  Jumlah Pelawat :



  Laman Utama > Profil e-Tanah > Soalan Lazim (Bahasa Melayu)  
     
 

1.      Apakah e-Tanah?

e-Tanah ini ialah projek untuk membangunkan sistem pengurusan dan pentadbiran tanah yang bersepadu melalui penggunaan komputer sepenuhnya bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melaksanakan Kerajaan Elektronik dalam perkhidmatan awam.

 

2.      Apakah sistem yang akan diadaptasi dalam e-Tanah?

 

Negeri

 

Sistem

 

Ulasan

Melaka & Negeri Sembilan
Pahang
Perak
P.Pinang

LARIS
SHTB
SPHT Online

Urusan kutipan hasil dan cukai tanah

Melaka

 e-MMKN

Urusan penyediaan Ulasan Teknikal, penyediaan kertas MMK, penyediaan Agenda dan Minit MMK serta pengagihan dan pemantauan keputusan

Selangor

Sistem Permohonan Strata

Urusan Permohonan Pecah Bahagi Bangunan

Perak

SPTP

Urusan permohonan pelupusan tanah secara pemberimilikan

Terengganu

e-Consent

Urusan kebenaran pindahmilik / gadaian

 

3.      Di manakah projek perintis e-Tanah?   

 e-Tanah dilaksana secara perintis di Pentadbiran Tanah Pulau Pinang

 

4.      Apakah urusan tanah yang terlibat dalam projek e-Tanah?

  Pelupusan

  Pendaftaran

  Hakmilik Strata

  Kelulusan / kebenaran Pindahmilik /Gadaian

  Pembangunan

  Pengambilan Balik Tanah

  Pesaka

  Hasil

 

5.      Apakah ciri-ciri sistem aplikasi e-Tanah

  Sistem berasaskan Teknologi Web.

  Sistem bersepadu dan seragam.

  Mengambilkira keperluan semua negeri.

  Integrasi dan adaptasi dengan sistem-sistem sedia ada.

  Mengambilkira tahap keselamatan.

  Gabungan konsep sistem berpusat dan teragih (Hybrid System) di antara PTD dan PTG

  Merupakan sistem pengurusan proses aliran kerja (Workflow System)

 

6.      Apakah tapak yang terlibat dalam projek perintis?

  Pengarah Tanah dan Galian negeri Pulau Pinang

  Pejabat Tanah Daerah Pulau Pinang

  Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri

  Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (cawangan negeri Pulau Pinang)

  Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)

  Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

 

7.      Apakah faedah e-Tanah

  Perkhidmatan kaunter lebih mesra-pelanggan ubahsuai kaunter dan single point of contact.

  Pelanggan boleh mendapat maklumat dan perkhidmatan secara on-line.

  Kemudahan pelanggan bayar cukai tanah di pusat bayaran setempat (seperti di Pejabat Pos, Kedai Telekom),

  Bayaran cukai tanah boleh dibuat dimana-mana pejabat tanah di dalam negeri berkenaan dan secara on-line.

  Pelanggan mendapat khidmat lebih cepat dan cekap.

  Urusan Permintaan Ukur dan cetakan Pelan Akui dapat dibuat secara on-line antara pentadbir tanah dan JUPEM.

  Ulasan Jabatan Teknikal dapat dipercepat dengan bantuan MyGDI.

  Prosesan urusan dalaman melalui komputer dapat dibuat dengan lebih mudah dan cepat.

  Memudahkan proses membuat keputusan.

  Memudahkan pengawalan dan pemantauan ke atas prosesan.

  Penguatkuasaan lebih mudah dibuat dengan maklumat tersedia daripada sistem.

  Penambahan hasil Negeri dan Persekutuan.

 

8.      Sejauh manakah kejayaan pelaksanaan Projek Perintis e-Tanah di Pulau Pinang?

  Sistem e-Tanah telah digunapakai dalam pentadbiran tanah di Pulau Pinang mulai Oktober 2007, khususnya bagi Modul Pendaftaran dan Hasil

  Sehingga 28 Ogos 2009:

q  72,160 perserahan urusniaga dan bukan urus niaga

q  RM385,406,153.10 kutipan cukai dan bukan cukai

Di peringkat awal, masalah teknikal memang wujud yang berpunca daripada:

q  Ralat-ralat sistem

q  Data yang tidak bersih

q  Masalah daripada sistem lama (SPTB & SPHT)

 

9.      Bagaimanakah pihak Kerajaan memantau kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor?

Pelaksanaan projek ini adalah dipantau melalui jawatankuasa yang telah dibentuk seperti berikut:

q  JK IT & Internet Kebangsaan (JITIK) Pengerusi: KSN

q  JK Pemandu Pengerusi: KSU

q  Dedicated Group Pengerusi: KSU

q  JK Penyelarasan Pengerusi: TKSU II

q  JK Pemantauan Pengerusi: Pengarah e-Tanah

q  JK Sokongan Teknikal Pengerusi: TP(T) e-Tanah

Pasukan Projek e-Tanah juga terlibat sepanjang masa dan sentiasa memastikan kontraktor mematuhi semua spesifikasi yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

 

10.    Sejauh manakah penglibatan pihak JKPTG dalam pelaksanaan projek ini?

Pihak JKPTG telah dilibatkan sejak dari awal lagi melalui:

q  JK Perundangan Pengerusi: TKPTG

q  Quality Assurance Group (QAG) Pengerusi: Pengarah SPTB, JKPTG (Keahlian QAG juga terdiri daripada pegawai-pegawai yang berpengalaman dalam pentadbiran tanah dari JKPTG dan lain-lain organisasi yang berkaitan)

q  JK Pemandu Ahli

q  Dedicated Group Ahli

 

 
Tarikh Kemaskini 18/03/2011
 




 
Hakcipta Terpelihara © 2008 | Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar