Portfolio e-Tanah  
Logo e-Tanah  
Konsep & Bisnes Teras e-Tanah  
Skop e-Tanah  
Sejarah & Kronologi  
Direktori e-Tanah  
Galeri Gambar  
Carta Organisasi Pasukan Projek e-Tanah  
Piagam Pelanggan  
Soalan Lazim (Bahasa Inggeris)  
Soalan Lazim (Bahasa Melayu)  
Pekeliling
Cabutan Perlembagaan
Akta
Jaringan ke PTG / PTD
Jaringan Berkaitan Pentadbiran Tanah
Portal Atas Talian
Sistem e-Borang
   
 
 
 

   
  Jumlah Pelawat :



  Laman Utama > Pautan > Sistem e-Borang  
     
  PENDAHULUAN

Bersesuaian dengan gagasan kerajaan, 1Malaysia : rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, pelaksanaan cadangan e-Borang ini dijangka dapat meningkatkan sistem penyampaian di dalam Pentadbiran Tanah Pulau Pinang.

Kaedah ini akan memudahkan pelanggan serta mempercepatkan proses permohonan dan perserahan urusan tanah di pejabat-pejabat tanah. Walau bagaimanapun, dokumen serta borang berkanun masih diperlukan semasa perserahan dilakukan di kaunter Pentadbiran Tanah. Ianya sebagai langkah pertama ke arah e-Submission (Perserahan secara Online) apabila Jadual ke 16 KTN dikuatkuasakan kelak.

Penggunaan Aplikasi Kemasukan Data (e-Borang) telah mula dilaksanakan pada 23 Mac 2011 bagi 29 borang di dalam Kanun Tanah Negara dan 4 borang di dalam Penang Land Rules.


PAUTAN

e-Borang ini boleh dicapai melalui pautan berikut: e-Borang


FAEDAH-FAEDAH MENGGUNAKAN e-BORANG

1.1 Faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh kerajaan dan orang ramai dengan pelaksanaan cadangan ini adalah seperti berikut:-

1.1.1 Penjimatan masa bagi perserahan permohonan di kaunter

1.1.2 Meminimakan (hampir tidak perlu) kerja-kerja kemasukan data di peringkat Kemasukan. Ini akan dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada penyemakan dan pengesahan maklumat dimana secara tidak langsung akan dapat mengurangkan masalah-masalah penipuan.

1.1.3 Permohonan-permohonan dapat diproses dengan lebih cepat dimana secara tidak langsung akan dapat mengurangkan masalah backlogs.

1.1.4 Cara berurusan yang lebih telus dan sistematik.

1.1.5 Memudahkan pelanggan berurusan dengan Pejabat Tanah dengan membuat pengisian borang-borang yang diperlukan secara on-line.

1.1.6 Meletakkan tanggungjawab penyempurnaan borang-borang permohonan di dalam aplikasi e-Tanah kepada pelanggan itu sendiri dan bukannya Pembantu Tadbir Kemasukan. Ini akan dapat mengurangkan bebanan kerja dan kesilapan dalaman oleh kakitangan pejabat tanah yang terlibat serta akan dapat meningkatkan moral dan mutu kerja kakitangan awam di pejabat tanah.


SENARAI BORANG YANG TERLIBAT

BIL

NO. BORANG

SEKSYEN

TAJUK

1

1

76

APPLICATION FOR ALIENATION OF STATE LAND

2

3

65

APPLICATION FOR TEMPORARY OCCUPATION LICENCE

3

6

71

PERMOHONAN PERMIT UNTUK MEMINDAH BAHAN BATUAN

4

7

75 (b)

APPLICATION FOR PERMIT TO USE AIR SPACE ABOVE STATE LAND/RESERVE LAND

5

7D

124a

PERMOHONAN UNTUK PERUBAHAN SYARAT2, SEKATAN2 DAN KATEGORI2 BERKENAAN DGN BAHAGIAN2 PECAH-SEMPADAN TANAH YG DICADANGKAN.

6

9A

137

PERMOHONAN  UTK PECAH-SEMPADAN TANAH

7

9B

142

PERMOHONAN UTK PECAH-BAHAGIAN TANAH

8

9C

148

PERMOHONAN UNTUK MENYATUKAN TANAH

9

12A

197

PERMOHONAN UNTUK PENYERAHAN BALIK TANAH (MENGENAI KESEMUA TANAH ITU)

10

12B

200

PERMOHONAN UNTUK PENYERAHAN BALIK TANAH (MENGENAI SEBAHAGIAN DRPD TANAH ITU SAHAJA)

11

12D

204A

PERMOHONAN UNTUKPENYERAHAN BALIK DAN PEMBERIMILIKAN SEMULA

12

14A

215/217/218

PINDAHMILIK TANAH, BAHAGIAN ATAU PAJAKAN

13

14B

218

PINDAHMILIK GADAIAN

14

15A

221

PAJAKAN TANAH

15

15B

222

PAJAKAN TANAH KECIL

16

15C

239

PENYERAHAN BALIK PAJAKAN

17

16A

242

GADAIAN

18

16G

260

PERMOHONAN OLEH PEMEGANG GADAIAN UNTUK JUALAN

19

16N

278

MELEPASKAN GADAIAN

20

16O

264A

PERMOHONAN UTK PENANGGUHAN ATAU PEMBATALAN SUATU PERINTAH JUALANMELALUI LELONGAWAM

21

17A

286

PEMBERIAN ESMEN

22

17C

289

PELEPASAN ESMEN

23

18A

313

PERMOHONAN UNTUK PEMBATALAN PAJAKAN

24

18B

314

PERMOHONAN UNTUK PEMBATALAN GADAIAN

25

18D

315

PERMOHONAN UNTUK PEMBATALAN ESMEN

26

19B

323

PERMOHONAN UNTUK PEMASUKAN KAVEAT PERSENDIRIAN

27

19D

330

PERMOHONAN UNTUK PEMASUKAN KAVEAT PEMEGANG LIEN

28

19E

333

PERMOHONAN UNTUK PEMASUKAN KAVEAT AMANAH

29

19G

325

NOTIS UNTUK MENARIK BALIK KAVEAT PERSENDIRIAN

30

19H

326

PERMOHONAN UNTUK MENYINGKIRKAN KAVEAT PERSENDIRIAN

31

28A

390

PERMOHONAN UNTUK HAK LALULALANG PERSENDIRIAN

32

30A

415 (1) (a)

PERMOHONAN BAGI PERDAFTARAN PERLETAKHAKAN STATUTORI KEPENTINGAN BERDAFTAR MENGENAI TANAH

33

30B

415 (1) (b)

PERMOHONAN BAGI PERDAFTARAN PERLETAKHAKAN STATUTORI KEPENTINGAN BOLEH DAFTAR MENGENAI TANAH

 


KESIMPULAN

Penggunaan Sistem e-Tanah telah dilaksanakan dengan jayanya di Pulau Pinang sejak Oktober 2007.

Penggunaannya telah mencetuskan beberapa inovasi baru.

Diantara inovasi yang dicadangkan disini adalah pelaksanaan Aplikasi Kemasukan Data (eBorang) yang pastinya akan dapat mempertingkatkan mutu penyampaian khidmat pejabat tanah kepada orang ramai.

Mengoptimumkan pelaburan yang telah dibuat terhadap projek e-Tanah kerana dapat membantu pengguna serta orang ramai memanfaatkan faedah projek e-Tanah.
Pelaksanaan aplikasi ini akan dapat memberikan faedah yang banyak kepada pihak kerajaan serta orang ramai.

Pelaburan tambahan yang diperlukan bagi melaksanakan aplikasi ini amatlah kecil berbanding dengan pulangan yang akan diperolehi oleh kerajaan.

 
 
Tarikh Kemaskini 24/06/2011
 




 
Hakcipta Terpelihara © 2008 | Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar